Monday, April 30, 2012

Iphone, Ipad, Ipod.. Ipaid.. hehehe..

Pengorbanan seorang ayah itu terlalu tinggi nilainya.. walau dulu masa kecik aku tak mengerti semua itu.. tapi bila kenang2kan balik.. apa yang arwah ayah lakukan untuk kami.. sangat tinggi nilainya.. apa yang ummi buat untuk kami juga sangat tinggi nilainya.. tak ternilai kasih sayang ibu bapa itu kepada anak2 mereka.. perkara ini hanya akan difahami apabila mempunyai anak sendiri.. tapi kadang aku tak faham.. ada sesetengah orang dah ada anak sendiri pun tak reti-reti nak bertanggungjawab.. tak reti nak berdikari.. asik mengharapkan simpati dari orang lain.. asik suka menyalahkan orang lain.. macam lah dia semuanya betul.. mereka ini masih tak sedar diri dan tak insaf2 atas apa yg mereka lakukan.. masih tak nak berubah.. masih ngan perangai lama yang hanya tahu mengambil kesempatan atas insan yang satu lagi.. ramai dah aku jumpa jenis yg suka amik kesempatan atas orang yg satu lagi.. tak kira lah lelaki atau perempuan.. sama je perangai.. tapi aku yakin.. pasangan yang baik untuk mereka yang baik.. manakala pasangan yg kurang baik utk mereka yang kurang baik.. pasti ada hikmah disetiap apa yang berlaku.. karma itu pasti ada.. cuma lambat atau cepat jer mereka terima.. eh eh.. meleret2 lak aku taip dan menyentuh isu lain.. kekekekee..

tapi walau apapun.. bagi aku.. aku sanggup untuk berkorban apa sahaja untuk memastikan anak2 & isteri ku selesa.. pastikan mereka sentiasa selesa dalam kehidupan walaupun aku terpaksa pergi jauh.. sanggup jugak untuk tak makan.. demi pastikan mereka makan.. sanggup jugak untuk kurang tido untuk memastikan semua untuk mereka itu teratur dengan baik.. hehehehe.. mereka gembira.. aku tumpang gembira.. camtulah... lalui dulu kehidupan berkeluarga.. lalui dulu kehidupan mempunyai anak dan keluarga yang baik.. lalui dulu semua2.. baru kita tahu apa mereka rasa.. apa yang mereka rasa.. akan kita rasa.. baru kita tahu perasaan tersebut..  

syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu.. dan berbaktilah kepada kedua orang tua selagi mereka masih hidup.. jika boleh.. jadilah anak yang taat dan soleh kepada mereka.. insyaallah hidup kita akan diberkati oleh NYA.. jika mereka dah takde.. baru kita terasa akan kehilangan mereka yang selama ini mungkin kita tidak endahkan.. kita sibuk je ngan urusan diri sendiri sampai abaikan mereka yang kesunyian bersendirian.. membiarkan mereka seorang diri tanpa teman untuk berbicara.. kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kamu semasa kamu kecik.. jangan bila mereka dah takde baru kamu sesali semuanya dan masa itu semuanya sudah terlambat.. 

ummi.. saya rindukan ummi.. rindu nak bermanja2 ngan ummi.. hehehe.. rindu masakan ummi.. rindu tat nenas ummi tu.. tapi sekarang ummi dah tak leh buat.. sebab dah tak ingat semua dah.. kesian kat ummi.. doaku untuk ummi semoga ummi sentiasa sihat walafiat dan diberikan kesihatan yang baik.  untuk arwah ayah.. alfatihah untuk mu.. semoga sentiasa tenang di sana, ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. dan diberikan tempat yang selesa oleh NYA.. 

Walau muka ayah/babah itu garang.. tapi mereka sebenarnya amat penyayang.. susah2 pun tetap cuba penuhi kehendak anak2 an.. insyaallah semoga semuanya dipermudahkan segala urusan.. diberikan kesihatan yang baik.. dan mendapatkan keberkatan dari NYA.. insyaAllah.. iPaid.. hehehehe...