Satay Goreng Resipi Allahyarhamah Nenda Nyonya binti Hj. Mustapha |
RESEPI
- 1 kg daging atau ayam yang dibasuh & ditoskan serta dilapkan dengan kitchen tissue.. jangan biar dia basah.. kering lebih bagus.. potong daging leh nipis tp jgn nipis.. cukup2 supaya tak liat.. tapi ayam kena potong agak2 macam nak cucuk kat lidi satay tu.. kalau kecik atau nipis nt masa kacau2 dia hancur lak.. huhuhu..
Ayam yang dah di tos & di lap ngan tissue bagi kering |
Bahan Rempah
- 1 sudu besar serbuk ketumbar (coriander)
- 1 sudu besar serbuk jintan manis (fennel seeds)
- 1/2 sudu besar serbuk jintan putih (cumin)
Bahan untuk ditumbuk/diblender
Serbuk Ketumbar, Jintan Manis & Jintan Putih |
- 15 biji bawang kecil / bawang merah (bukan bawang besar)
- 10 ulas bawang putih
- 2 ketul halia (agak2 dalam 2 inci kot) - yang ni agak2 lah
- 3 inci kunyit idop (kalau takde kunyit idop, yang serbuk pun leh belasah)
- 8 tangkai lada kering (yang ni kalau nak pedas lebihkan.. tak nak pedas kurangkan sikit) - boleh jugak gunakan cili boh untuk cepatkan proses.. Agak2 je nak pedas ke sedang2 ke..
- 1 ketul lengkuas (agak2 jugak dalam 1 inci atau lebih)
- 4 batang serai besar
Tips: kalau blender, sila blender kering bahan di atas, jgn basah nt jadik lain.. hehehe..kalau pakai tumbuk takde masalah.. memang kering..
- Selepas bahan yang ditumbuk/blender tersebut siap, uli/gaul bahan tersebut dengan daging/ayam sehingga sebati.. pastu baru masukkan bahan rempah dan terus uli hingga sebati.
- masukkan garam secukup rasa & 2 cawan gula kepada bancuhan tersebut dan gaul lagi sehingga sebati.
- perap semalaman atau 12 jam, kalau ayam tak yah perap lama pun boleh.. dalam 4-5 jam dah ok..
inilah rupa daging ayam yang telah digaul sebati dengan bahan-bahan di atas |
- Gunakan 3/4 cawan minyak untuk menggoreng.
- Seterusnya, gunalah sedikit bawang lain dihiris nipis atau ditumbuk untuk menumis sebelum menggoreng daging/ayam satay tersebut. Tumis sehingga kuning atau naik bau & masukkan dagin/ayam yang telah diperap bersama ramuan tadi semuanya kedalam kuali..
Satay goreng ni dah memang macam jadik tradisi kami sekeluarga sejak dari arwah nenda Nyonya binti Hj. Mustapha idop lagi dulu..
Bila tiba jer nak raya ni.. lebih2 lagi Aidilfitri kan.. mesti aku akan teringin atau teringat akan satay goreng.. benda ni dah jadik macam tradisi kami Keluarga Ahmad.. setiap kali raya.. satay goreng mesti ada.. biasanya arwah nenek akan buat satay ayam dan daging.. semuanya digoreng dalam kuali.. takde yang dibakar.. pekena lak dengan nasi impit, kuah kacang & lodeh.. pergh.. memang masyuk lah.. tak sah raya kalau takde satay goreng ni.. biasanya kalau balik kampung kat Buloh Kasap, Segamat, Johor.. benda memula aku akan serbu adalah satay goreng ni lah.. hehehee.. tapi.. arwah nenek dah takde lagi dah ngan kami agak lama juga.. ada rasa2 8-9 tahun lepas kot arwah pergi meninggalkan kami buat selama2nya.. Alfatihah buat arwah nenek Nyonya binti Hj. Mustapha..
Mujur juga resepi warisan beliau ini diturunkan pada anak2nya.. antara yang mahir dalam buat satay ni ialah mokda dan makcik.. mokda sudah tentu kira pakar sebab memang pokda & mokda duk sekali ngan arwah nenek dulu kat rumah warisan.. so memang tak dinafikan.. satay goreng kalau mokda buat sedap.. begitu juga makcik.. masakan satay makcik juga sedap.. hehehehe..
so.. memandangkan raya tahun ni aku tak dapat nak balik ke malaysia disebabkan perkara2 tertentu.. maka.. aku beraya sorang diri lah kat sini.. huhuhuhu.. sedih.. :( kekeke.. masa2 ni lah pulak tekak ni teringin nak makan satay goreng kan.. nak mendatangkan mood raya tu kan.. kalau kat malaysia tentu orang semua tengah sibuk dengan persiapan untuk beraya.. sibuk bawak anak2 gi shopping baju raya.. beli barang2 raya.. bak kata.. semua2 raya lah.. hehehehe.. penuh shopping complex mana2 buat sale raya.. memang meriah kalau kat Malaysia ni kan.. tapi.. aku kena raya sorang kat sini tanpa keluarga disisi... sob.. sob.. jadik.. dengan gigih.. aku post kat fb cakap teringin nak makan satay goreng & mencari resepi warisan nenda ni.. alhamdulillah.. cousin aku idah bagi resepi yang memula.. & cara penyediaan.. aku pun cubalah.. gigih gi lulu carik bahan mentah untuk buat satay.. pastu blend2.. perap2 semalaman.. esoknya aku goreng.. sekali.. lepas goreng.. tak jadik.. jadik macam serunding ayam adalah.. wakkakaka.. lawak betul.. aku frust & hampir putus asa.. kekekekkee.. nasib cik isteri bagi semangat.. jgn frust.. boleh tu.. cuba lagi 2nd time.. mungkin ini tak betul itu tak betul.. huhuhu..
Bahan-bahan yang disediakan |
Percubaan pertama - blend semua (ini salah ok).. tgklah tu.. basah lebih |
Perapan yang pertama.. nampak basah je.. sebab tu tak jadik |
Lepas goreng jadik camni.. hahaha.. FAIL.. macam serunding ayam |
masih lagi gigih mencari resepi satay goreng tersebut.. baru start nak men"google".. banyak gak orang post resepi satay goreng kat internet nye ni.. tapi.. aku masih tak berapa yakin.. & sedikit fobia takut sekiranya.. satay goreng tersebut jadik serunding ayam sekali lagi.. wakkakakaa.. disebabkan tak sabar menanti dari kak dah resepi yang di minta.. mungkin kak dah bz.. aku post sekali lagi status nak carik resepi tersebut di group Keluarga Ahmad.. ada cousin2 yg aktif fb jawab & bagi resepi.. tapi.. aku ni masih tak puas hati.. so.. orang yang aku ada no telefonnya adalah makcik ella.. sebab kak dah pun akan mintak kat makcik gak.. jadik.. untuk lebih meyakinkan aku.. aku telefon makcik terus pagi tu untuk mendapatkan resepinya.. hehehehe.. alhamdulillah.. hasil consultation dengan cik isteri ayu secara wassap semasa ingin menghasilkan bancuhan tersebut.. tima kasih sayang bantu2 walau dari jauh.. percubaan kedua yang aku lakukan adalah berjaya.. seperti gambar yang memula di atas.. eceh.. siap buat product shoot.. sebab berjaya.. kekekekkee...
kat bawah ni gambar2 yang aku send pada AA masa aku nak prepare bahan2 tersebut.. hehehhee..
Kalau tengok kat sebelah kiri tu bahan2 tu tak habis lumat lagi blend.. Cik Isteri AA kata.. blend lagi.. pastu tanya dia lagi.. yang sblah kanan tu ok tak.. aaa dia kata yang kanan tu ok.. |
Ni ler blender Kenwood yang rumah ni nyer aku pakai utk blender bahan tu.. |
sebarang pertanyaan.. silalah tinggalkan mesej di bawah ye.. hehehhee.. selamat mencuba uols..