Monday, March 26, 2012

Aku Maafkan Kamu..

Lama gak blog aku ni bersawang.. hahahhaa.. dari last posting bulan satu dulu.. tiba2 aku terasa macam  nak tulis artikel ni.. tentang kehidupan dan kemaafan.. enjoy the reading.. bagi sesapa yang terasa dengan coretan aku ni.. semua yang baik itu datangnya dari Allah.. dan segala kesilapan dan kesalahan itu datangnya dari aku.. maka mohon ampun dan maaf jugak lah yek...

Dalam kehidupan seharian pasti akan lalui kekecewaan & kedukaan.. kebahagiaan dan kegemberiaan.. suka duka, kenangan pahit manis itu pasti ada.. Malah pelbagai ragam orang yang kita tempuhi.. pelbagai pengalaman yang harus kita tempuh untuk melengkapkan diri sebagai seorang insan.. untuk memantapkan diri untuk menempuhi hari2 yang akan datang.. Pelajari dari setiap kesilapan diri dan pelajari dari setiap yang berlaku dan pelajari dari orang2 yang telah kita ketemu.. Apa yang berlaku jadikan iktibar.. jadikan sempadan.. agar tidak lagi berlaku di masa akan datang insyaallah..

Pelbagai ragam manusia zaman sekarang.. dan manusia itu mudah gelap mata kerana wang ringgit.. mudah lupa dengan apa yang dijanjikan.. mudah lupa juga dengan jasa baik seseorang itu pada diri mereka.. hati manusia juga tidak kita tahu buruk dan baik.. kalau ikan.. senang kita nak tahu... tapi hati manusia siapa yang tahu.. sekali air bah.. sekali musim berubah.. eceh.. ada kene mengena ke ngan pepatah tu.. wakakakkaa.. hati manusia juga boleh sekelip mata berubah dari baik kepada buruk.. hanya kerana nila setitik juga.. rosak susu sebelanga.. hanya kerana kesilapan yang sedikit juga.. semua kebaikan itu dilupakan.. adalah lebih baik untuk kita muhasabah diri sendiri sebelum menunding jari pada orang lain demi menegakkan kesalahan diri sendiri.. fikir dulu sebelum mengeluarkan kata2.. fikir dulu sebelum bertindak lebih.. tanya pada diri sendiri.. apa yang kita buat selama ini betul? atau hanya ada agenda lain yang tersebunyi disebalik setiap tingkah laku kita.. Muhasabah diri... 

Jangan cuba tegakkan benang yang basah.. Yang salah tetap akan salah.. Yang benar itu tetap juga benar.. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.. Jangan cepat melenting dengan setiap teguran.. Jika kita tidak boleh ditegur sampai bila2 pun kita tidak akan berubah.. Pelajari hidup dari setiap teguran dan pengalaman hidup itu.. 

Ada sesetengah orang lahir di kalangan keluarga yang kaya raya dan tak perlu bersusah payah utk memperolehi kemewahan dan kekayaan.. tapi mereka ini tetap juga kena kerja dengan keluarga untuk memastikan perniagaan terus maju.. Tetap juga kena rajin berusaha dan bekerja untuk memastikan beroleh keuntungan untuk meneruskan kehidupan.. Ada juga mereka yang lahir di kalangan orang biasa dan orang susah.. mereka2 ini harus lebih kuat berusaha untuk memastikan kehidupan yang lebih selesa.. bukan dengan tido sahaja dan mengharapkan wang bergolek dan jatuh ke riba.. 

Apa yang penting, 
  1. Doa - Doa pada yang satu (Allah) supaya beroleh kemudahan dalam melakukan setiap perkara & beroleh keuntungan;
  2. Usaha (usaha kena ada.. kerja lah bersungguh2.. rajin membuat kerja.. terima teguran orang yang lebih berpengalaman);
  3. Tawakal - tawakal pada NYA.. supaya apa yang kita lakukan itu beroleh kemenangan.. insyaallah


Memang.. bila dikenang.. perasaan benci, sakit hati, marah dsb itu akan timbul.. sumpah seranah pun mungkin akan keluar bila dikenangkan apa yang dilakukan oleh mereka2 itu.. tapi bak omputeh kata.. "LEARN TO FORGIVE & FORGET" mungkin kita akan beroleh rezeki yang lebih baik di masa akan datang.. anggap semua itu dugaan dari Allah..

Maka.. Aku Maafkan Kamu.. Tak Perlu Kita Bertemu Cukup Kau Tahu.. Yang Aku.. Maafkan Kamu.. Tolong Teruskan Hidup Jangan Sebut Namaku...

cuba dengar lagu ini oleh Malique Feat Jamal Abdillah & hayati setiap kata2 lirik lagu ini..

Lirik Lagu Malique Aku Maafkan Kamu Feat. Jamal Abdillah

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Jamal Abdillah:
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Malique:
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Jamal Abdillah:
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Malique:
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan